Sunday, October 12, 2008

Contoh kertas cadangan atau proposal kajian tidakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
MATEMATIK

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH KAWAN-BAIK DAN TAK KAWAN-TAK BAIK

Oleh

Suhizulhisam Bin Keliwon
Ariff Anuar Bin Melan
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas,
Jalan Sawah,
81500 Pekan Nanas ,
Johor.


MAC 2007

1. TAJUK KAJIAN
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan kaedah kawan-baik dan tak kawan-tak baik.

2. NAMA PENGKAJI
1. Suhizulhisam Bin Keliwon
2. Ariff Anuar Bin Melan.

3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas
Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas
Pontian, Johor

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat pelajar yang tidak dapat menguasaai konsep asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2 Biru gagal menyatakan tanda dengan tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di tingkatan tiga seprti ungkapan algebra dan soalan PMR banyak berkaitan dengan nombor negatif . Apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda yang tepat. Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati pelajar amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif. Pelajar sering melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan penggunaan nombor negatif.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR pada 2007 dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran peajar itu sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati formula, dengan itu mengaitkan sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih mudah.

5. FOKUS KAJIAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak dapat menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi nombor negatif.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif. Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.



6. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap penggunaan nombor negatif akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambag apabila menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan kaedah kawan-baik dan tak kawan-tak baik.

ii) Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
• Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
• Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor negatif
• Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
• Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.
• Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran matematik.

7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3 Biru yang keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja yang terpilih.

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a) Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar semasa peperiksaan akhir tahun 2006. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masaalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan juga P&P. Temuramah antara guru dan pelajar serta guru mata pelajaran yang lain juga dilakukan.
b) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah yang dihadapi oleh mereka.
c) Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.
ii. Program “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah “Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik”.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan (positif). Terdapat juga gambarajah yang tidak mempunyai padanan, maka untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian dan dalam konteks Pengajian Islam dan Moral.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang telah digunakan.

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Tarikh Perlaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal. 19 Mac 2007
2. Menulis proposal kajian 26 Mac 2007
3. Menghantar proposal kajian 30 Mac 2007
4. Merancang tindakan 4 April 2007
5. Melaksanakan aktiviti 1 11 April 2007
6. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1. 13 April 2007
7. Melaksanakan aktiviti 2 18 April 2007
8. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 20 April 2007
9. Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 24 April 2007
10. Refleksi kajian 27 April 2007
11. Menulis laporan kajian 2 Mei 2007
12. Pembentangan dapatan kajian 12 Jun 2007

10. JUMLAH PERUNTUKAN
Bil Jenis Alatan / Bahan Jumlah Kos
1. Kertas A4 (1 Rim X RM 9.00) RM 9.00
2. Kad Manila (4 X RM 0.50) RM 2.00
3. Marker Pen (2 X RM 2.00) RM 6.00
4. Dakwat Pencetak RM 90.00
5. Photostat Bahan & Laporan Kajian RM 15.00
6. Buku Catatan Guru RM 3.00
JUMLAH RM 125.00

No comments: